Polis siasat dakwaan wanita dipaksa jadi perempuan simpanan along, langsai RM20,000 gagal dibayar bapa [VIDEO]
Polis siasat dakwaan wanita dipaksa jadi perempuan simpanan along, langsai RM20,000 gagal dibayar bapa
GEORGETOWN: Polis membuka kertas siasatan berkait dakwaan seorang wanita dijadikan perempuan simpanan oleh sindiket pemberi pinjaman wang atau along bagi melunaskan hutang bapanya.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad, berkata kes berkenaan masih dalam siasatan dan butiran lanjut tidak boleh didedahkan.
“Ia masih dalam tindakan, cuma kita tidak boleh dedahkan dengan lanjut sebab dalam siasatan.Laporan awal daripada polis dan kita buka kertas siasatan,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.
Beliau hadir majlis serah terima tugas di antara Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dengan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Halim Yatim.
Turut disempurnakan, serah terima tugas di antara Razlam dengan timbalannya, Superintendan Lee Swee Sake yang akan memangku jawatan Ketua Polis Daerah Timur Laut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
- Kaitan Al Arqam, Rufaqa’ Dan GISBH Dengan PAS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fitnah saat akhir tidak ubah pendirian Pengundi DUN Mahkota.
- UMNO Jangan Terlalu Yakin Di Mahkota
- Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan
Hamzah mengulas video rakaman siaran langsung di TikTok berdurasi enam minit 45 saat yang tular, mengandungi perbualan di antara hos dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi bersama seorang pemanggil wanita.
Mangsa memperkenalkan diri sebagai Isha, 26, mendakwa bapanya yang sudah bercerai dengan ibu, terdahulu berhutang RM20,000 dengan along dan gagal melunaskannya.
Pemanggil itu kemudian mendakwa dipaksa menjadi perempuan simpanan along terbabit sejak Februari lalu di sebuah ‘rumah merah’ di Pulau Pinang dan tidak diberi gaji.
Wanita itu memohon supaya diselamatkan sebelum panggilan diputuskan didakwa kerana kehadiran ‘bos’, dipercayai merujuk kepada along terbabit.
@m.ikhwan_amin_007 Gara-gara bapa anak jadi masa pelacur along pengakuan live Semboyan campur tangan Tunggulah#bgtv#semboyan #live #besut #terengganu #fyp #rxz #125 @BGTV #MLBB #fypシ゚viral #Polis #muslim @Semboyan Malaysia
Polis siasat dakwaan wanita dipaksa jadi perempuan simpanan along, langsai RM20,000 gagal dibayar bapa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional