Harimau Malaya kini di ranking ke-132 dunia

Skuad Harimau Malaya melonjak dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-132 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) hari ini.

Menurut www.fifa.com, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu mengumpul keseluruhan 1,117.64 mata untuk meningkat daripada posisi ke-134 dunia yang dihuni sejak 18 Julai lepas.

Perkembangan positif itu dicapai susulan kejayaan menamatkan kemarau 11 tahun muncul juara saingan Pestabola Merdeka 2024 dari 2 hingga 10 Sept lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini yang disertai juara bertahan Tajikistan, Lubnan dan Filipina.

Bagaimanapun, Malaysia masih jauh ketinggalan negara Asia Tenggara lain, antaranya Vietnam di kedudukan ke-116 dan Thailand ke-100.



Bagi zon Asia, lima pasukan terbaik ialah Jepun di ranking ke-16 dunia, Iran (ke-19), Korea Selatan (ke-23), Australia (ke-25) dan Arab Saudi (ke-56).

Sementara itu, juara Piala Dunia 2022 Argentina kekal pasukan nombor satu dunia, diikuti Perancis di tempat kedua, Sepanyol (ketiga), England (keempat) dan Brazil melengkapkan pasukan lima teratas dalam ranking Fifa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’



Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker