Kenapa Jakim lambat bertindak terhadap GISBH, kajian dah lama buat – Dr MAZA

Kenapa Jakim lambat bertindak terhadap GISBH, kajian dah lama buat – Dr MAZA

Isu membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak penguat kuasa namun tiada tindakan yang diambil, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, isu (GISB) mula dibangkitkan apabila terdapat pihak yang membuat kajian tentang kes ini bertemu beberapa pihak bertanggungjawab tapi tidak ada satupun yang mengambil tindakan.



Dalam pada itu, beliau lebih dikenali sebagai Dr Maza mendedahkan telah menghantar surat kepada pemimpin dipercayai GISB untuk mengadakan pertemuan.

Mohd Asri juga memaklumkan bahawa pemimpin utama syarikat berkenaan telah bersetuju untuk hadir pada pertemuan itu.

“Hari ini (semalam) kita hantar surat kepada pemimpin utama mereka untuk hadir ke Perlis pada 20 hari bulan.

“Saya akan panggil mereka, katanya mereka sudah bersetuju hadir,” katanya dalam hantaran di TikTok @promediatajdidofficial.



Kenyataan Dr Maza itu dipercayai merujuk kepada tindakan penguatkuasaan besar-besar polis dan beberapa agensi lain pada Rabu yang menyerbu 20 rumah amal kendalian Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH) dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja.

Pihak berkuasa juga menahan 171 petugas, pekerja termasuk ustaz dalam serbuan itu. BH

Kenapa Jakim lambat bertindak terhadap GISBH, kajian dah lama buat – Dr MAZA

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)



Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker