Kondom Trojan disaman kerana guna bahan kimia menyebabkan kanser
Kondom Trojan disaman kerana guna bahan kimia menyebabkan kanser
NEW YORK: Satu tuntutan mahkamah baru mendakwa bahawa kondom jenama Trojan tidak selamat digunakan kerana mengandungi bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser.
Sehubungan itu, satu tindakan saman berkelompok membuat tuntutan difailkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan oleh plaintif, Matthew Goodman.
Goodman mendakwa, produk Church & Dwight, yang diiklankan sebagai ‘Kondom #1 Amerika’, itu tidak sesuai untuk tujuan yang dimaksudkan kerana ia mengandungi bahan per-and polyfluoroalkyl (PFAS).
Katanya, ujian makmal mendapati kondom Trojan Ultra Thin yang dibelinya di sebuah farmasi di Manhattan mendapati ia mengandungi fluorina organik, yang biasanya hanya ditemui dalam bahan kimia PFAS buatan manusia.
“Berdasarkan label, plaintif percaya bahawa produk itu selamat untuk digunakan pada alat sulitnya,” kata aduan berkenaan, merujuk kepada Goodman.
Tambah aduan berkenaan, defendan berkata sekiranya pada label menyatakan bahawa produk berkenaan mengandungi bahan kimia PFAS, serta bahaya yang boleh timbul akibat sentuhan dengan bahan kimia itu, sudah tentu dia tidak akan membeli produk berkenaan.
Aduan itu turut menuntut sekurang-kurangnya AS$5 juta sebagai ganti rugi daripada Church & Dwight yang berpangkalan di Ewing, New Jersey, bagi pihak pembeli kondom Trojan di seluruh negara itu.
Church & Dwight tidak segera memberi maklum balas berkaitan hal itu. Peguam plaintif juga tidak segera memberi komen kepada permintaan sama.
Julai lalu, blog advokasi pengguna Mamavation melaporkan bahawa ujian terhadap 29 kondom dan pelincir popular mendapati beberapa produk mengandungi kemungkinan kehadiran PFAS, termasuk kondom Trojan Ultra Thin.
PFAS terdapat dalam ratusan produk pengguna dan komersial termasuk kosmetik, kuali tidak melekat, dan pakaian tahan kotor.
PFAS dikenali sebagai ‘bahan kimia selamanya’ kerana ia tidak mudah terurai dalam tubuh manusia atau persekitaran.
PFAS dikaitkan dengan kesan kesihatan negatif termasuk kolesterol tinggi, berat bayi lahir yang lebih rendah, tindak balas antibodi yang berkurangan terhadap vaksin, serta kanser buah pinggang dan zakar. BH
Kondom Trojan disaman kerana guna bahan kimia menyebabkan kanser
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)
Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week