Pengantin rempuh pengiring majlis sendiri selepas bertengkar

Sepasang pengantin baharu didakwa merempuh seorang pengiring menggunakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas mereka bertengkar pada hari perkahwinan, lapor laman berita Metro UK semalam.

Pengantin lelaki, James Douglas Shirah, 22, memandu bersama isterinya, Savanah Collier, 21. Mereka merempuh Terry Taylor Jr., 29, sejurus selepas berkahwin pada 30 Ogos lalu, demikian menurut Jabatan Polis Flint di Amerika Syarikat (AS).

Taylor dihantar ke Pusat Perubatan Hurley sebelum dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Penyiasat-penyiasat mendapati bahawa Taylor ialah pengiring  pengantin lelaki dalam majlis pada 30 Ogos lalu.

Selepas majlis berlangsung, mangsa terlibat dalam pertengkaran, menyebabkan dia dilanggar dengan sengaja oleh sebuah SUV yang dipandu secara laju.

Pertengkaran itu berlaku di Flint Pizzeria, Michigan, manakala punca perbalahan tidak diketahui. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker