Tukang cat maut selepas bekerja 104 hari berturut-turut
BEIJING – Seorang lelaki di China meninggal dunia akibat kegagalan organ selepas bekerja selama 104 hari berturut-turut dengan hanya mengambil cuti sehari, lapor laman berita South China Morning Post semalam.
Pekerja itu dikenali sebagai A’bao dan berusia 30 tahun. Dia bekerja sebagai tukang cat secara kontrak di sebuah syarikat.
Akhbar Guangzhou Daily melaporkan, sebuah mahkamah membuat keputusan bahawa syarikat itu bertanggungjawab atas kematian mangsa dan menegaskan bahawa bekerja selama 104 hari adalah jelas melanggar undang-undang buruh China.
Mengikut undang-undang negara itu, tiada pekerja perlu bekerja lebih daripada 8 jam sehari dan purata 44 jam seminggu.
Mahkamah menambah bahawa pelanggaran peraturan buruh memainkan peranan utama dalam sistem imun A’bao, menyebabkan ia menjadi lemah dan akhirnya mengakibatkan kematian.
Keluarga A’bao diberikan pampasan sebanyak 400,000 yuan (RM244,411) termasuk 10,000 yuan (RM6,110) untuk ganti rugi tekanan emosi selepas menang dalam kes saman mereka terhadap syarikat tersebut. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET