Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal

Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal

Penyanyi yang kini pemain gitar kumpulan Cherry On Top (COT), Osama Yamani, 23, gembira melihat kehidupan bahagia bapanya, penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang ketika ini dikelilingi anak kecil.

Osama berkata, pada usia bapanya yang sudah mencecah 65 tahun dan masih dikurniakan dengan anak-anak kecil adalah rezeki kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

“Saya tinggal bersama baba (panggilan Osama pada Jamal) dan melihatkan kehidupannya sekarang dengan adik-adik yang masih kecil, nampaklah kebahagiaan itu. Baba sangat ‘happy’ walaupun ada kala dia letih juga.

“Seronok tengok kehidupan baba sekarang yang dulunya agak garang, tapi kini banyak berubah. Cuma, baba memang tegas dan utamakan disiplin. Malah, saya adalah satu-satunya anak yang pernah kena rotan dengan dia.

“Adik-adik lain tak pernah rasa dirotan pun. Sebabnya, saya nakal ketika kanak-kanak dulu. Maklumlah, saya tinggal dengan opah di Perak dan pernah bercinta masa umur 12 tahun yang baba tak suka sebab kecil lagi,” katanya.

Terdahulu, Osama ditemui pada sesi temubual dan fotografi bersama kumpulan Cherry On Top di sebuah studio muzik di Taman Melawati, Hulu Klang, baru-baru ini.

Ditanya pengalaman membesar bersama ayahnya sebelum mempunyai adik-beradik lain, Osama berkata dia pernah tinggal bersama Jamal di Pengasih selama dua bulan ketika berusia lapan tahun.

“Saya tahu kisah silam baba dan itu adalah perjalanan kehidupannya. Apapun, saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada saya, mungkin sebab arwah datuk dulu adalah tok imam.

“Jadi, dia (datuk) seorang yang kuat agama. Kalau saya nak lari ke atau nak terpesong ke, saya dah ada asas agama dalam diri. Sebab itu saya cepat matang dan boleh terima semuanya.

“Saya tahu mengenai kisah hidup baba pada 2009 menerusi cerita-ceritanya di internet. Saya pun pernah duduk sebilik dengan baba selama dua bulan ketika dia di Pengasih. Masa itu, umur lapan tahun,” katanya.

Menurut Osama, dia mendapat layanan yang sama macam penghuni lain seperti boleh pergi makan bersama serta dijaga dengan baik oleh semua orang di dalam Pengasih selama berada di sana ketika itu.

Selain Osama, lima lagi anak Jamal ialah Zaki Yamani, 18, Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani kini berusia setahun lebih. HM

Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker