Merkuri bikin nanah merebak dalam kulit

Merkuri bikin nanah merebak dalam kulit

Wajah rosak teruk dan bernanah hingga ke dalam kulit.

Itu pengalaman ngeri dilalui Nur Syafiqah Musa, 27, kesan penggunaan set penjagaan muka tiruan jenama T selama dua minggu.



Mangsa berkata, dia membeli set penjagaan muka berharga RM280 itu menerusi platform jual beli atas talian selepas diperkenalkan rakannya.

Katanya, masalah hormon yang dialami ketika mengandung dan selepas bersalin mendorongnya untuk mencuba set penjagaan muka berkenaan.

“Selepas memakai set penjagaan muka itu selama dua minggu, kulit wajah saya mula berasa panas dan pedih. Ia kemudian menjadi merah serta menggelupas.

“Jerawat mula timbul di sekitar dagu dan mulut sebelum merebak ke seluruh muka. Apabila saya mengajukan pertanyaan kepada penjual, dia mendakwa kononnya ia hanya kesan biasa dan sementara sebelum kulit menjadi cantik,” katanya.



Nur Syafiqah berkata, perubahan kulit wajah itu benar-benar menakutkannya dan dia segera pergi ke klinik estetik untuk mendapatkan rawatan pakar.

Katanya, doktor pakar memaklumkan bahawa nanah sudah merebak hingga ke dalam kulit berikutan produk kosmetik haram digunakan mengandungi merkuri sangat tinggi.

“Saya tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya tidak berhenti menggunakan produk berkenaan.

“Ia bukan sahaja merosakkan kulit wajah dengan cepat malah berisiko tinggi menjejaskan kesihatan.



“Saya tidak sangka produk berkenaan memiliki kandungan kimia merbahaya berikutan ia didakwa memiliki kelulusan KKM (yang disyaki tiruan),” katanya yang terpaksa mengikuti rawatan selama dua bulan demi mengembalikan keadaan kulit wajah asalnya.

Mangsa berkata, dia benar-benar serik untuk menggunakan produk kosmetik yang diragui pembuatannya.

Katanya, selepas kejadian itu, dia hanya membeli produk penjagaan dan kecantikan yang dijual di rangkaian farmasi sahaja.

“Biarlah kesannya lambat asalkan ia tidak mengandungi racun berbahaya. Apa yang berlaku kepada saya harus dijadikan iktibar kerana kosmetik tiruan dan produk ‘timbang kilo’ kini memang berlambak di pasaran serta mudah diperolehi, hanya membeli di hujung jari.



“Sebagai wanita, kita jangan mudah terpedaya dengan iklan mahupun saranan daripada rakan sendiri kerana untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik bukan dapat diperolehi dalam masa yang singkat,” katanya. HM

Merkuri bikin nanah merebak dalam kulit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati



Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker