Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar

Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar

Seorang penganalisis menyifatkan pujian Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim terhadap pentadbiran bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob juga boleh diibaratkan kritikan untuk Anwar Ibrahim.

Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Azmi Hassan berkata wakil rakyat PKR itu sebelum ini sering menegur perdana menteri dalam pelbagai isu antaranya kelembapan pelaksanaan reformasi dalam pentadbirannya, Februari lalu.



Menurut Azmi, kali ini Hassan memuji Ismail dengan mengaitkan beberapa pencapaian dalam pentadbirannya termasuk agihan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan lancar, berbanding kini yang masih gagal dinoktahkan.

Namun hakikatnya senario pentadbiran Ismail dan Anwar amat berlainan, katanya.

Kelmarin, Hassan menyifatkan Ismail sebagai pemimpin baik diperlukan Umno serta Barisan Nasional (BN) kerana rekod pentadbirannya ketika menjadi perdana menteri kesembilan, menyaksikan pelbagai masalah diselesaikan seperti peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Menurutnya, suasana politik negara juga tenteram termasuk kejayaan meminda dua Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 1(2) mengenai status wilayah Sabah dan Sarawak serta Perkara 49(A) yang berkait Akta Anti Lompat Parti.



Sementara itu, Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpandangan Ismail dan Anwar melalui dua situasi berbeza, menyebabkan bekas perdana Menteri itu perlu mendapatkan sokongan pembangkang untuk terus menerajui negara dan memastikan kestabilan.

Jika tidak dapat sokongan pembangkang, apa akan jadi jika Bersatu dan PAS tak menyokongnya ketika itu…mana-mana pemimpin berada pada kedudukan itu pasti melakukan hal sama untuk kekalkan pentadbiran negara, katanya.

Seorang lagi penganalisis dari UIAM Syaza Syukri berkata tindakan diambil Ismail ketika menjadi perdana menteri termasuk menandatangani memorandum persefahaman dengan pembangkang dilihat sebagai usaha mengelak polemik tidak wajar.

Sekurang-kurangnya menunjukkan situasi menang-menang untuk kedua belah pihak, katanya. FMT



Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker