Malaysia akan hadiri sidang kemuncak Brics pada 22 hingga 24 Okt
Putin menjemput Malaysia menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Malaysia akan hadiri sidang kemuncak Brics pada 22 hingga 24 Okt
Malaysia menerima jemputan Rusia untuk menyertai Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia pada 22 hingga 24 Okt, 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata jemputan yang disampaikan oleh Presiden Vladimir Putin sendiri semasa sesi makan malam kerja merupakan bukti jelas mengenai kepentingan Malaysia kepada Rusia.
“Ini menandakan satu langkah penting ke arah matlamat akhir kita untuk menyertai kumpulan itu,” kata beliau menerusi catatan di media sosial pada Rabu mengenai lawatan dua hari ke Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan.
BRICS adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu.
Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan pada sesi pleno EEF pada Khamis.
Anwar berkata semasa perbincangan itu, beliau dan Putin menyatakan komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Rusia.
“Ketika Malaysia terus memperluas ruang geoekonomi dan mempelbagaikan hubungan strategik, Rusia akan menjadi rakan utama yang berkongsi visi kita untuk pertumbuhan, kemakmuran dan pembangunan,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata daripada kewangan Islam sehingga pertanian dan pendidikan, potensi untuk Malaysia dan Rusia saling memanfaatkan kepakaran demi manfaat bersama rakyat adalah amat besar.
“Apabila kita membina komitmen dan visi bersama yang dibincangkan semasa lawatan ini, saya optimistik bahawa asas yang diletakkan hari ini akan membawa kepada kerjasama yang bermakna antara Rusia dan Malaysia pada masa akan datang,” kata beliau. Mk
Malaysia akan hadiri sidang kemuncak Brics pada 22 hingga 24 Okt
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’