Liwat remaja hingga positif HIV, tukang gunting rambut dipenjara 9 tahun

Liwat remaja hingga positif HIV, tukang gunting rambut dipenjara 9 tahun

Seorang tukang gunting rambut dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau selepas mengaku bersalah meliwat remaja 16 tahun Mac lalu.

Meruan Daud, 49, membuat pengakuan itu di depan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya yang dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira pertuduhan, fakta kes, jenis kesalahan dilakukan, rayuan tertuduh, hujah pihak pendakwaan dan faktor kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman.



Harian Metro melaporkan tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 16 tahun di kedai gunting rambut miliknya di Kampung Mentadak Baru Sungai Tamang, Pulau Sebatik dekat Tawau kira-kira 12 tengah hari 11 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suryana berkata, tertuduh mengambil kesempatan meliwat mangsa seawal usia 13 tahun dan berterusan sehingga mangsa berusia 16 tahun.

“Pihak pendakwaan juga mengambil kira faktor kemanusiaan terhadap mangsa apabila laporan perubatan mengesahkan mangsa dijangkiti HIV.



Seorang kanak-kanak di usia semuda itu tidak seharusnya mengidap penyakit ini, malah tertuduh dalam hal ehwalnya juga tidak menunjukkan sebarang keinsafan atau rasa bersalah atas perbuatan terhadap mangsa.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengenali mangsa kerana tinggal di kampung sama dan melakukan perbuatan keji itu sekali seminggu dengan kejadian terakhir 13 Mac lalu.

Tindakan tertuduh terbongkar selepas mangsa dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tawau hasil ujian saringan di Klinik Kesihatan Kubota, sebelum mangsa mengakui melakukan hubungan sejenis dengan tertuduh.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkapan 2 April lalu, khidmat kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.



Liwat remaja hingga positif HIV, tukang gunting rambut dipenjara 9 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker