‘Counter setting’, 2 lagi penguat kuasa direman
‘Counter setting’, 2 lagi penguat kuasa direman
Dua lagi penguat kuasa berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) direman kerana dipercayai terbabit rasuah sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya.
Sumber berkata, Suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan sekitar 6.30 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.
Katanya, susulan penahanan itu suspek direman empat hari hingga esok.
“Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2016 dan menerima bayaran secara tunai antara RM300 hingga RM2,500 sebagai balasan untuk melepaskan warga asing masuk menggunakan modus operandi ‘counter setting’.
Ini adalah susulan daripada lima suspek termasuk tiga penguat kuasa yang ditahan reman pada 30 Ogos lalu dan telah pun dilepaskan dengan jaminan SPRM sebaik berakhir tempoh reman masing-masing, katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, usaha giat dilakukan untuk mengesan suspek utama, Roney Irwan Mohamad Nor, 49, yang beralamat terakhir di Presint 18, Putrajaya. FMT
‘Counter setting’, 2 lagi penguat kuasa direman
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
You must be logged in to post a comment.