Didakwa kerana malu, Pengarah Jakoa Pahang letak jawatan dalam Oraco

Aktivis Orang Asli, Zurdi Baharu mendakwa pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang, Johari Alwi meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Pahang Orang Asli Corporation (Oraco), selepas ketegangan memuncak antara syarikat milik kerajaan Pahang itu dan masyarakat Orang Asli bulan lepas .

“Isu Oraco ni kita kena fahami dari awal penubuhan yang penuh kontroversi hingga kini ternyata Oraco memang satu agenda yang tidak baik untuk Orang Asli.

“Banyak Kampung berlawan dengan Oraco..mungkin dia rasa (Johari) malu selaku salah seorang Lembaga Pengarah Oraco (dan sebab itu letak jawatan),” kata Zurdi kepada Malaysiakini.



Pada 2022, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan bahawa Oraco ditubuhkan untuk memperkasakan Orang Asli dengan menjaga kebajikan dan kepentingan ekonomi mereka.

“Sudah tentu sebab perihal Orang Asli dipolitikan tapi dengan kerjasama Orang Asli yang bijak pandai tapi tidak mewakili kehendak dan aspirasi sebenar akar umbi,” dakwa Zurdi.

Malaysiakini memaklumkan dalam laporan bahawa dia tidak lagi boleh mengulas mengenai Oraco kerana baru sahaja melepaskan jawatannya dalam syarikat itu.

Kecewa dengan Jakoa



Pada 1 Ogos lalu, seorang lagi aktivis Orang Asli, Eliana Tan, menyuarakan kemarahan dan kekecewaannya terhadap Jakoa dan kerajaan negeri Pahang kerana kurang berunding dengan masyarakat Orang Asli sebelum mengambil alih projek penanaman semula yang sebelum ini diuruskan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Tan mendakwa Oraco mengambil alih projek tanaman semula komersial (TSK) Orang Asli walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung.

Susulan kenyataan Tan, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) mengeluarkan kenyataan pada 28 Ogos yang menyatakan ia kecewa dengan isu itu.

JOAS menyatakan bahawa sebagai sebuah entiti milik kerajaan, Oraco harus memberi tumpuan kepada pembangunan dan kebajikan Orang Asli, dan menggesa Oraco menghentikan semua aktiviti dan melibatkan diri dalam rundingan secara ikhlas dengan penduduk kampung.



“Adalah penting semua pihak berkepentingan, khususnya masyarakat Orang Asli, terlibat secara bermakna dalam perbincangan penggunaan tanah dan pengurusan sumber.

“Proses ini mesti memastikan hak, kepentingan, dan kesejahteraan Orang Asli dihormati dan dipertahankan,” kata kenyataan itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker