Budak 10 tahun pandu kereta terbabit kemalangan

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikesan memandu kereta milik keluarganya bersama rakan hingga terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian di sini, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 itu, kereta terbabit turut dinaiki seorang lagi kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.



“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Toyota Corolla dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama rakannya berusia sembilan tahun.

“Kereta itu dipercayai milik ibu bapa kanak-kanak berkenaan, manakala rakannya pula adalah anak kepada jiran.

“Mereka dari arah Apartment Arowana Impian ke Taman Arowana Impian. Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta itu dikatakan terbabas ketika melalui selekoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kereta terbabit kemudiannya dikatakan melanggar sebuah van jenis Toyota yang diparkir di kiri bahu jalan.



“Akibat rempuhan itu, van berkenaan menggelongsor ke hadapan dan merempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya,” katanya.

Beliau berkata, polis menasihatkan semua pihak untuk mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga supaya memantau tindakan anak-anak bagi mengelak kejadian seperti itu.

“Tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan dan jika pelaku adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan diambil tindakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker