Suntik dadah dalam minuman kultur, suami isteri berdepan hukuman mati
Suntik dadah dalam minuman kultur, suami isteri berdepan hukuman mati
MELAKA: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas enam pertuduhan bersama-sama mengedar pelbagai dadah dalam bentuk cecair yang disuntik dalam minuman kultur dan jus, bulan lalu.
Tertuduh Lee Wui Khang, 34, dan isterinya, Pimanmart Chai Songkram, 30, dari Taman Krubong Perdana di sini, mengangguk faham sejurus dibacakan semua pertuduhan dan diterangkan jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah bagi pertuduhan mengedar dadah kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, mereka dituduh bersama-sama mengedar cecair ketamin anggaran berat (AB) 31,000 mililiter (ml), serbuk ketamin (AB: 229 gram), MDMA (AB: 229 gram), nimetazepam (AB: 144 gram), ketamin (AB: 96.69 gram) dan ketamin (25,100 ml).
Wui Khang berdepan pertuduhan berasingan mengedar dadah ketamin berat kasar 3,910 ml di tempat letak kereta di hadapan Pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka Garden City, dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Januari lalu, kira-kira jam 8.10 malam.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Merdeka Garden City, di sini, pada 20 Januari lalu, kira-kira jam 8.25 malam.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum berpandukan Seksyen 39B (2) akta sama, jika disabitkan boleh dihukum gantung sampai mati.
Sekiranya hukuman yang diberikan mahkamah adalah hukum penjara seumur hidup, hendaklah disebat minimum 15 sebatan.
Sementara itu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah kanabis berat kasar 33.53 gram di pangsapuri itu pada masa dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama itu, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun dan sebat antara tiga hingga sembilan sebatan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, manakala pasangan itu belum diwakili peguam.
Pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh diikat jamin sementara menunggu laporan kimia berat sebenar dadah.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan kimia berat dadah dan pengurusan kes pada 15 Mac depan. BH
Suntik dadah dalam minuman kultur, suami isteri berdepan hukuman mati
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin lancar kabinet bayangan, Hadi cuma timbalannya
- Axia baharu lebih mahal tapi ini yang menanti anda
- Apa beza pinjaman beli Vellfire dan rumah?
- Ada Khairy dalam PH pun tak menambah
- ‘Sedekah’ PRU, SPRM kenal pasti 90 individu
- Pembekuan akaun Bersatu oleh SPRM, ‘bersih dan stabil’ hanya ‘sembang’
- Jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Shahrizat kembali ke gelanggang politik
- Set Menu Rahmah MYDIN Setiap Hari Hanya RM4.90
- 10 Fakta Ikan Merah
- Saya ‘diserang’ selepas tawar diri bertanding – Armand Azha
- Vin Diesel ditemui beli ikan baung
- Akaun Bersatu dibeku kerana ‘derma’ RM300 juta
- Kenapa kau lari Sophia, tanya Bella
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah
You must be logged in to post a comment.