Khairul Aming jamu roti jala, nasi lemak kepada PM New Zealand

Khairul Aming jamu roti jala, nasi lemak kepada PM New Zealand

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming bertuah kerana terpilih untuk menyediakan sarapan pagi buat Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sempena lawatan pemimpin itu ke negara ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Khairul Aming berkata, pertemuan dengan Luxon itu sebagai tanda penghargaan daripada pihak New Zealand untuk video memasak yang dibuat di negara berkenaan sebelum ini.

Jelasnya, lapan tahun lalu dia merakam video memasak pertama sambil duduk di atas lantai di rumah sewa.

“Hari ini, saya mendapat keistimewaan untuk duduk di sebelah Perdana Menteri sebuah negara yang terkenal. Teruskan kerja keras, anda akan kagum bagaimana hidup ini boleh membawa anda,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Pada pertemuan itu juga, Khairul Aming memberitahu dia turut memperkenalkan menu sarapan pagi orang Malaysia kepada Luxon iaitu roti jala, nasi lemak dan teh tarik selain daripada pelbagai kuih tradisional.

Malah katanya, dia sempat bertukar pendapat mengenai sektor pelancongan antara kedua-dua negara.

“Selain itu, kami turut berkongsi berkenaan perdagangan eskport daging halal, produk tenusu, pemuliharan alam semula jadi dan potensi eksport produk PKS (perusahaan kecil dan sederhana) tempatan ke New Zealand,” tulisnya. K Online

Khairul Aming jamu roti jala, nasi lemak kepada PM New Zealand

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker