PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri

PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri

Empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) atau SG4 menubuhkan sebuah syarikat bersama untuk berkongsi hasil kekayaan dan keuntungan.

Bekas perdana menteri yang juga Penasihat SG4, Dr Mahathir Mohamad, berkata usaha itu bagi memajukan Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis secara bersama yang mana negeri terbabit dilihat tidak mendapat hasil sama dengan negeri lain.



Katanya, setiap negeri mempunyai pegangan 25% dalam syarikat didaftarkan atas nama SG4 Group Sdn Bhd itu.

“Kita tubuh satu syarikat yang dimiliki 25% pegangan tiap-tiap negeri dan kita akan usaha segala hasil yang kita dapat akan diagihkan supaya negeri ketinggalan jauh akan dapat juga hasil dalam empat buah negeri.

Di Terengganu, Kelantan kaya dengan deposit unsur nadir bumi begitu juga di Kedah. Di Perlis ada dolomite digunakan untuk proses unsur nadir bumi, katanya pada sidang media sempena persidangan kemuncak SG4.

Mahathir berkata, penubuhan SG4 bukan untuk membawa haluan sendiri dengan membelakangkan peranan kerajaan pusat sebaliknya untuk membantu negeri yang ketinggalan dari segi mendapat nikmat hasil kekayaan.



Sementara itu, Setiausaha Eksekutif SG4, Takiyuddin Hassan, berkata syarikat berkenaan memfokuskan lima kluster iaitu infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan industri; pertanian dan sekuriti makanan; pendidikan dan modal insan; dan sumber pendapatan baharu. FMT

PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim

Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.



Adik nampak bapa rogol kakak

Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker