Penyerang dari Colombia sertai JDT
KUALA LUMPUR: Gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menambah kekuatan di jentera serangannya apabila mengikat pemain dari Colombia, Jorge Obregon.
Perkembangan itu diumumkan JDT menerusi satu klip pendek di laman media sosialnya, Johor Southern Tigers, hari ini.
“Ngauman baharu menyertai Harimau Selatan,” kata pasukan itu beserta tanda pagar yang menyertakan nama pemain itu.
Sebagai rekod, pemain itu sebelum ini beraksi bersama HNK Rijeka di Liga Croatia.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai HNK Rijeka sejak 2021 selepas tiga musim di Croatia, dia mengubah angin untuk menyertai JDT bagi musim ini.
Berdasarkan maklumat dari Transfermarkt, pemain ini memiliki nilai pasaran sebanyak RM2.8 juta.
Menerusi laman sama juga, pemain ini meledak 17 gol dan mencatat 10 bantuan gol dalam 105 penampilan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Operasi SAR mangsa tanah jerlus dihentikan – Nor Hisham
- Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed
- Pemimpin PAS pertahan ada beg LV lepas dakwa ‘rakyat mati kelaparan’
- ‘Saya Wiwi Darvinda meminta maaf kepada Puteri Sarah’
- Pesakit psikiatri merajuk dimarahi, lari ke hutan
- Dengan memboikot dapatkah membantu Gaza, soal Duta AS
- Hadi sanggah kata-kata sendiri
- Hamidin dedah punca Pan Gon letak jawatan
- Patung Buddha rosak disyaki angkara pemain nombor ekor
- Kereta jatuh dalam tanah jerlus, 2 cedera
- Mayat bayi disimen bawah lantai, penyewa terakhir mengandung, lari sebulan lalu
- Abdullah Sani pertahan bawa pistol ke stadium
- Orang miskin nak duk mana – Anwar
- Saya tahu segala pergerakan mereka, guna aplikasi penjejak dalam telefon bimbit – KPN
- Ini satu pertuduhan yang mengarut – Dr Raduan Che Rose
Layari Laman Facebook MYKMU.NET