Tak perlu hantar surat tunjuk sebab, Jailani jawab Rauf

Tak perlu hantar surat tunjuk sebab, Jailani jawab Rauf

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menegaskan tiada keperluan untuk beliau menghantar surat tunjuk kepada UMNO susulan tindakannya menyertai parti PAS.

Ini kerana katanya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memungkiri janji Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.



Beliau berkata, perkara berkenaan juga sudah diperjelas menerusi pengumuman oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 16 Ogos lalu.

“Sudah terang lagi bersuluh pengumuman oleh Datuk Seri Takiyuddin tempoh hari di Parlimen sudah jelas menunjukkan apa yang berlaku (penyertaan dalam PAS).

“Tiada perlu surat tunjuk sebab atau sebagainya. Sebabnya satu saja, Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka telah memungkiri janji Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini,” katanya kepada BH menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ab Rauf bahawa UMNO belum menerima surat rasmi daripadanya mengenai penyertaan dalam PAS pada Jun, tahun lalu.



Ab Rauf dilapor berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum juga sudah memberi tempoh dan mengarahkan Muhammad Jailani menghantar surat dan sijil keahlian PAS secara rasmi, berakhir pada 28 Julai lalu.

Beliau berkata, tidak ada warkah rasmi selain penerangan yang dibuat sewaktu sidang media satu ketentuan akan dibuat bagi menentukan status Muhammad Jailani pada persidangan DUN Melaka pada November ini.

Ditanya sama ada akan menghantar surat rasmi kepada Speaker DUN Melaka, Muhammad Jailani yang juga bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka terus berdolak-dalik.

“Ini hanya respon (jawapan) saya pada kenyataan media beliau (Ab Rauf). Sama ada saya hantar atau tidak, nanti saya maklum…bukan mereka,” katanya. BH



Tak perlu hantar surat tunjuk sebab, Jailani jawab Rauf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker