Ahli politik terkenal terbabit sindiket ‘jual’ orang?

Ahli politik terkenal terbabit sindiket ‘jual’ orang?

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang ahli politik di negara ini yang didakwa terbabit sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, modus operandi sindiket ini adalah memperdaya mangsa secara dalam talian dengan menawarkan pekerjaan yang menarik sebelum memaksa mangsa bekerja sebagai `scammer’ penipuan judi secara dalam talian.



Dia berkata, ahli politik wanita itu adalah bekas ahli parlimen manakala suaminya adalah pesara kakitangan kerajaan.

Katanya, baru-baru ini tular satu video di media sosial pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar bertajuk ‘Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia’ yang diterbitkan di Indonesia.

“Terdapat ramai dalam kalangan rakyat Indonesia yang menjadi mangsa sindiket ini dan secara terang-terangan,” katanya sebelum menyerahkan memorandum di luar bangunan SPRM di sini, tadi..

Difahamkan ahli politik itu terbabit dalam sindiket berkenaan sejak Mac 2020 dan tular di media sosial baru-baru ini.



Hishamuddin berkata, klip video yang tular berdurasi kira-kira setengah jam itu amat mengejutkan apabila terdapat pembabitan ahli politik Malaysia di dalam kumpulan sindiket itu bersama suaminya.

Beliau mendakwa, berdasarkan video itu, ahli politik wanita itu menyatakan suaminya turut memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga pengarah keselamatan yang aktif dalam aktiviti jenayah di Myanmar.

Katanya, syarikat itu membantu membina pusat kegiatan scammer dan pemerdagangan manusia di salah sebuah kawasan dikenali sebagai KK Park di bandar Myawaddy yang dikawal rapi serta mempunyai tembok pagar yang tinggi.

“Tindakan tegas perlu diambil supaya perkara ini dapat dibendung sebelum menjadi lebih parah demi menjaga keselamatan rakyat serta nama baik negara,” katanya. HM



Ahli politik terkenal terbabit sindiket ‘jual’ orang?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker