Anggota polis parah tertimbus ketika cubaan musnahkan bom [VIDEO]

KLUANG – Dua anggota polis parah akibat tertimbus tanah semasa menjalankan tugas memusnahkan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak di sini pada Selasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu mengakibatkan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Dua anggota dari Unit Pemusnah Bom Polis Johor yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary.



Difahamkan Abdul Halim mengalami pernafasan tidak stabil, patah tulang pinggul dan tulang rusuk serta pendarahan dalam perut.

Sementara, Muhammad Faruuqi pula mengalami pernafasan tidak stabil dan patah tulang paha.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebelum itu, tular dalam media sosial mengenai kehadiran ambulan ke kawasan perumahan berkenaan hingga mengundang pertanyaan penduduk setempat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker