Kisah lelaki Ansar dijamin syurga walau kurang amalan
Kisah lelaki Ansar dijamin syurga walau kurang amalan
Sebagaimana yang disebut dalam sirah dan hadis-hadis muktabar bahawa terdapat 10 orang sahabat utama yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. dijamin masuk ke syurga.
Abu Khalifah mengkhabarkan kepada kami daripada Syu’bah daripada al-Hurr bin al-Siyah daripada Abdurrahman bin al-Akhnas bahawa ada satu ketika beliau berada di masjid. Maka Mughirah menyebut tentang Ali dan beliau mencela Ali. Lalu Sa’id bin Zaid bangun dan berkata,
“Aku bersaksi dengan nama Rasulullah s.a.w. bahawa aku mendengar Baginda s.a.w. bersabda tentang 10 orang yang berada di dalam syurga. Nabi berada di syurga, Abu Bakar berada di syurga, Umar berada di syurga, Uthman berada di syurga, Ali berada di syurga, Talhah bin Ubaidullah berada di syurga, Zubair bin al-Awwam berada di syurga, Sa’ad bin Malik berada di syurga, Abdurrahman bin ‘Auf berada di syurga. Kalau kamu mahu akan aku namakan orang yang kesepuluh. Para sahabat bertanya siapakah dia, lalu Nabi diam. Para sahabat bertanya lagi, siapakah dia? Maka Nabi menjawab, Sa’id bin Zaid” (HR Ibnu Hibban)
Dalam hadis yang lain riwayat an-Nasaie menyebut Abu Ubaidah bin al-Jarrah juga termasuk dalam kalangan 10 orang yang dijanjikan syurga.
Walau bagaimanapun masih terdapat seorang lagi lelaki biasa yang sederhana amalannya dijamin syurga oleh Allah S.W.T. yang tidak termasuk dalam kalangan 10 orang sahabat utama Baginda s.a.w. Lalu apa keistimewaan lelaki ini sehingga Baginda s.a.w. menyebutnya sebagai calon penghuni syurga sebanyak 3 kali?
Dalam sebuah riwayat dari Anas bin Malik r.a. yang kemudian diterjemahkan Imam al-Ghazali dalam “Ihya’ Ulumuddin” mengatakan,
“Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di Masjid an-Nabawi dengan sahabat yang lain termasuk Abdullah bin Amr bin Ash tiba-tiba Baginda bersabda,
“Sebentar lagi akan datang seorang lelaki penghuni syurga melalui jalan ini”
Semua mata tertumpu pada pintu masjid dan fikiran para sahabat membayangkan satu sosok tubuh lelaki yang luarbiasa. Tidak lama kemudian muncullah seorang lelaki dari kaum Ansar yang melewati jalan itu. Ia datang dengan wajah dan janggut yang basah kerana air wudhuk dan di tangan kirinya memegang sandal.
Keesokan harinya, peristiwa yang sama berulang kembali. Baginda s.a.w. mengatakan akan datang seorang lelaki penghuni syurga melalui jalan ini. Dan tidak lama kemudian lelaki yang sama juga muncul. Peristiwa ini berulang sebanyak tiga kali.
Keadaan ini menyebabkan Abdullah bin Amr bin Ash merasa tertarik dan ingin benar tahu rahsia mengapa lelaki Ansar yang sederhana ini dan bukan sahabat utama Baginda s.a.w. dijamin syurga. Lalu Abdullah bin Amr pun menemui lelaki tersebut dan meminta keizinan lelaki itu untuk tinggal di rumahnya selama beberapa hari dengan alasan dia bertengkar dengan bapanya. Permintaan Abdullah diterima lelaki tersebut.
Selama tiga hari menumpang di rumah lelaki tersebut, Abdullah tidak pernah melihatnya melakukan apa pun amalan luar biasa seperti berqiyamul lail sepanjang malam atau berpuasa mahupun amalan lain, melainkan setiap kali terjaga dari tidur lelaki itu hanya membaca zikir dan takbir hingga menjelang subuh. Kemudian dia mengambil air wudhuk. Dan sepanjang itu juga dia tidak mendengar bicara lelaki itu melainkan yang baik-baik sahaja.
Akhirnya pada hari ketiga sebelum meninggalkan rumah lelaki itu, Abdullah bin Amr pun berterus terang mengatakan bahawa dia tidak bertengkar dengan bapanya melainkan sengaja menginap di rumah lelaki itu untuk mengetahui rahsia mengapa Rasulullah s.a.w. mengatakan sebanyak tiga kali yang dia adalah penghuni syurga.
“Sejujurnya aku tidak melihat engkau mengerjakan apa pun amalan yang berpahala besar. Lalu apa sebenarnya amalan yang engkau lakukan sehingga Rasulullah s.a.w. mengatakan yang engkau adalah calon penghuni syurga? Jika tidak keberatan beritahu padaku agar aku dapat mengikuti amalanmu” tutur Abdullah
Kemudian lelaki Ansar itu menjawab,
“Sebagaimana yang engkau lihat, aku tidak mengerjakan apa-apa amalan yang dijanjikan ganjaran besar. Hanya sahaja aku tidak pernah mempunyai rasa iri hati kepada sesama muslim atau hasad dengki terhadap kenikmatan yang diberikan Allah kepada orang lain”
Terdiam Abdullah bin Amr tatkala mendengar pengakuan lelaki lalu dia berkata,
“Rupanya inilah yang menyebabkan engkau mencapai darjat ini sebuah amalan yang kami tidak mampu melakukannya”
Subhanallah! dari kisah ini tahulah kita bahawa bukan semestinya amalan yang banyak dilakukan itu seperti qiyamul lail, berpuasa, membaca al-Quran, bersedekah dan lain-lain itu menjamin seseorang masuk ke syurga tetapi sifat berbaik sangka, tidak mempunyai hasad dengki dan berbesar hati dengan setiap nikmat Allah itu juga menjamin seseorang untuk layak ke syurga.
Sedarlah kita bahawa dalam hidup ini tiadalah guna jika setiap malam bangun bertahajud, berzikir, membaca al-Quran, bersedekah dan berpuasa tidak menjamin diri masuk syurga jika mempunyai hati yang hitam, berhasad dengki, cemburu, bersangka buruk.
Kerana itulah Rasulullah s.a.w menyuruh kita menjauhi perbuatan keji ini dengan sabdanya,
“Jauhilah hasad (dengki) kerana hasad akan menghanguskan kebaikan-kebaikan sebagaimana api menghanguskan kayu bakar” (HR Abu Dawud) Wallahu a’lam.
Kisah lelaki Ansar dijamin syurga walau kurang amalan
Baca Artikel Menarik:
- Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya berisiko tinggi lubang benam
- Kutty bukan nama saya – Mahathir
- Hadi kekal melabel kerajaan pusat lebih teruk dari Dajal
- Fathia Latiff 3 bulan di pusat pemulihan sebab kuat berparti
- Isteri jurutera hilang rayu suami pulang
- Muhyiddin akan didakwa esok
- Laporan polis dakwa artis pukul pembantu peribadi tular
- Sebab Ronaldo enggan bertatu
- Exco PAS ‘terkejut’ penerjun Muslim wakili Terengganu di Sukma
- PH perlukan BN di sebalik cita-cita Umno
- Pengantin lelaki hanya sebatang kara hadiri majlis perkahwinan
- TLDM sahkan KD Pendekar tenggelam sepenuhnya
- ‘Jangan lupa ada PASDAP, BersaDAP terlebih dahulu’
- Sempat suap bapa makan sebelum meninggal – Anak arwah M Rizal
- Sanusi completes PhD in London
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36
Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]