Exco PAS ‘terkejut’ penerjun Muslim wakili Terengganu di Sukma

Exco PAS terkejut penerjun Muslim wakili Terengganu di Sukma

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Hishamuddin Abdul Karim menyuarakan rasa terkejut dengan laporan dua atlet wanita Muslim mewakili negeri itu dalam acara terjun pada Sukan Malaysia (Sukma).

Hishamuddin berkata, kerajaan kekal berpegang kepada kod etika berpakaian atlet Muslim ketika bersukan yang telah dikeluarkan sebelum ini.



Wakil rakyat PAS itu menjelaskan, penyertaan dua penerjun itu dalam Sukma di luar pengetahuannya, sambil memaklumkan kos membawa atlet berkenaan ditanggung belanja oleh Persatuan Renang Amatur Terengganu.

“Persatuan Renang Amatur Terengganu juga telah melakukan kunjungan hormat kepada saya pada 5 Jun 2024 untuk memohon pelepasan ini.

“Waktu itu juga saya telah tegaskan kerajaan negeri tidak dapat membenarkan sama sekali kerana bercanggah dengan garis panduan yang telah diperkenalkan sekalipun atlet bukan berasal dari Terengganu jika ianya seorang Muslim.

Saya sangat terkejut dengan laporan pihak lain tentang penyertaan tersebut pada hari kejadian juga amat berdukacita dengan berlakunya penyertaan ini, katanya dalam catitan di Facebook.



Hishamuddin berkata, beliau telah meminta pihak pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu menyediakan laporan lengkap berkaitan isu berkenaan dan akan memanggil pihak persatuan termasuk MSNT selepas selesai perjalanan Sukma.

Pada 2018, Terengganu meletakkan syarat bagi atletnya mematuhi pemakaian patuh syariah, sama ada mengambil bahagian dalam dan luar temasya.

Empat tahun lalu, kerajaan negeri melarang penyertaan dalam acara gimnastik kerana kod pemakaian tidak patuh syariah, sekali gus memaksa beberapa gimnas wanita Muslim Terengganu melupakan hasrat berkecimpung dalam sukan berkenaan. FMT

Exco PAS terkejut penerjun Muslim wakili Terengganu di Sukma



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen



Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib



Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker