TLDM sahkan KD Pendekar tenggelam sepenuhnya

Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) Pendekar tenggelam sepenuhnya di posisi 2 batu nautika di Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada pukul 3.54 petang tadi.

TLDM dalam kenyataannya, usaha menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan.

“Usaha pantas komuniti maritim telah berjaya menyelamatkan kesemua kru KD Pendekar seramai 39 orang sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya.

“Tiada kecederaan dilaporkan. Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Johor,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu, aset TLDM ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran .

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat insiden yang tidak sah. Perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui sumber rasmi TLDM,” ujarnya.

Kosmo! melaporkan KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi pada kedudukan 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor pukul 12 tengah hari tadi.

Kebocoran itu dipercayai berpunca akibat kapal terlanggar dengan objek bawah air. –

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker