Istiadat bersanding Puteri Sultan Pahang ‘Simple & Elegant’ [VIDEO]

Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham pada istiadat bersanding malam ini.

Ramai yang memuji istiadat bersanding Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan suami, FD Idzham FD Iskandar pada malam ini, disifatkan ringkas, namun tetap elegan.

Tinjauan di media sosial juga mendapati, orang ramai turut memuji pakaian pengantin Tengku Puteri Afzan yang cantik dan sopan.

“Pengantin yang paling sopan, berpakaian cantik pun,” kata Rupisah Hamid pada Facebook.

“Ringkas sahaja (istiadat bersanding). Terbaiklah,” kata Umi Anisah.



“Simple (ringkas), ‘elegant wedding’ (perkahwinan yang elegan),” puji JHH Aishah II.

Khamis lalu Kosmo! melaporkan, Tengku Puteri Raja dan FD Idzham sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi baginda di majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE



 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana



Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker