Mula suka, akhir merana

Mula suka, akhir merana

Ketelanjuran dalam perhubungan bermula atas dasar suka sama suka, tetapi akhirnya menjerat diri dalam jenayah rogol.

Itu situasi yang banyak berlaku masa kini membabitkan kebanyakan kes rogol bawah umur.

Berkongsi pengalaman, Melly, 22, (bukan nama sebenar) yang mendakwa terjerumus dalam aktiviti itu di bangku sekolah atas pengaruh rakan dan mengakui beberapa rakannya juga melalui pengalaman sama.

“Perkara ini bermula daripada seorang, selepas itu seorang lagi buat perkara sama dan rakan saya ada yang sampai mengandung, tetapi sebab kami sudah kenal lama, jadi kami rasa ia normal,” katanya.

Namun, wanita berkenaan menafikan dirinya sugar baby, sebaliknya mengakui hubungan sebelum ini berlaku atas kerelaaan dirinya sendiri.

Katanya, hubungan terlarang itu biasanya dimulakan teman lelakinya dan kadang-kadang ia berlaku atas kemahuan sendiri, selain mengakui dia juga diberi wang oleh individu terbabit.

Namun aktiviti tidak bermoral dirinya dikesan keluarga yang kemudian membawa kepada laporan polis demi menutup aib.

“Tetapi saya ‘kantoi’ dengan keluarga dan mereka ambil telefon saya, mereka periksa semua mesej dan video ‘bukan-bukan’ semua mereka nampak,” katanya.

Sementara itu, Epul (bukan nama sebenar), 30, mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan gadis bawah umur yang dikenali di aplikasi media sosial.

Menurutnya, pada pertemuan mereka, dia tidak menyangka individu terbabit gadis bawah umur kerana daripada segi saiz fizikal, penampilan dan rupa parasnya dilihat seperti orang dewasa.

Malah, dia mengakui sifat keterbukaan kekasihnya dalam perhubungan mendorong hubungan seks tanpa nikah apabila sudah melakukan adegan ‘ringan-ringan’ pada awal pertemuan mereka.

Katanya, apabila perhubungan terjalin antara tiga hingga empat minggu maka ia membawa kepada keterlanjuran dengan pasangannya.

“Memang kekok, tetapi sebabkan waktu itu buat apa nak rasa malu dan kami fikir hubungan ini boleh bertahan,” katanya yang sudah menerima hukuman penjara dan sebatan kerana kesalahan itu.

Untuk rekod, bermula Januari hingga Mei lalu, kejadian rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur 16 tahun dan hubungan seksual suka sama suka merekodkan 496 kes.

Tiga negeri menduduki carta tertinggi dengan Selangor (76 kes), Johor (77 kes) dan Sabah (63 kes).

Malah, dapatan kes kesalahan seksual membabitkan kanak-kanak menerusi media sosial pula dilaporkan meningkat kepada 525 kes pada tahun lalu berbanding 360 kes pada 2022.

Pertambahan kes merekodkan jumlah drastik hasil capaian digitalisasi yang mendorong akses mudah kepada pelaku. HM

Mula suka, akhir merana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker