Selamat tinggal Chelsea – Raheem Sterling

Selamat tinggal Chelsea – Raheem Sterling

LONDON: Raheem Sterling berlatih sendirian di rumah selepas diketepikan di Chelsea oleh pengurus baharu Enzo Maresca.

Pemain sayap itu dijangka meninggalkan The Blues pada musim panas ini selepas dilaporkan menolak perpindahan ke Arab Saudi dan kini mencari kelab baharu dengan bantuan Chelsea.



Sterling diketepikan daripada skuad hari perlawanan bagi aksi pertama Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City Ahad lalu.

Sejak itu dia diketepikan bagi latihan pasukan utama di pusat latihan kelab itu di Cobham.

Pemain berusia 29 tahun itu kini berlatih di rumah selepas mencapai persetujuan bersama untuk meninggalkan Chelsea minggu ini.

Sterling dikatakan berminat untuk menyemarakkan semula karier antarabangsanya dengan meninggalkan Stamford Bridge.



Dia sudah berbincang dengan Chelsea dan kedua-dua pihak kini bekerjasama untuk mencarikan kelab baharu buatnya sebelum jendela perpindahan ditutup Jumaat depan, lapor Daily Mail.

Dia menjaringkan 20 gol dalam 82 penampilan bersama England tetapi tidak beraksi untuk Three Lions sejak Piala Dunia 2022.

Juventus sebelum ini berminat untuk mengikat Sterling, yang turut ditawarkan ke Aston Villa. BH

Selamat tinggal Chelsea – Raheem Sterling



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar



Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker