Malaysiakini dilarang buat liputan acara polis
Malaysiakini dilarang buat liputan acara polis
Malaysiakini dilarang membuat liputan di sebuah acara polis di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Razarudin Husain, hari ini.
Acara “PDRM Special Dialogue II” bermula dengan perbincangan tertutup antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan pemegang taruh, antaranya agensi penguatkuasaan undang-undang lain bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Kewangan.
Media sepatutnya dibenarkan membuat liputan pelancaran acara oleh Saifuddin, yang dijadual pada 12.30 tengah hari.
Namun, sekitar jam 11 pagi seorang pegawai media Bukit Aman memberitahu wartawan Malaysiakini mereka tidak dibenarkan masuk ke acara itu.
Larangan itu walaupun setelah Malaysiakini menerima undangan menerusi emel daripada Bukit Aman, dengan portal ini membalas undangan pada hari sama serta menyertakan maklumat dua wartawan yang ditugaskan untuk ke acara itu.
Menurut pegawai itu, proses saringan dibuat dan mereka yang menerima emel undangan kedua pada 21 Ogos sahaja dibenarkan membuat liputan.
Namun, apabila wartawan Malaysiakini memberitahu ada pengamal media lain yang datang tanpa undangan rasmi dan dibenarkan menerusi pendaftaran ad-hoc di venue, pegawai itu memberitahu wartawan “jangan persoal media lain”.
Dia juga berkata “kami hanya mengikut arahan”, namun tidak memperincikan pihak yang memberi arahan itu.
Malaysiakini telah meminta maklum balas daripada Razarudin dan juga Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail , yang juga dijadualkan menghadiri acara berkenaan, untuk ulasan mereka.
Malaysiakini tidak pernah dilarang membuat liputan di mana-mana acara sejak PRU 2018.
Kali terakhir Malaysiakini diminta beredar daripada membuat liputan adalah pada 2017, apabial seorang wartawannya diminta meninggalkan acara Kementerian Belia dan Sukan.
Sebelum itu, Malaysiakini sering dilarang daripada membuat liputan di Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan sidang media di ibu pejabat MCA.
Siasatan ke atas wartawan Malaysiakini
Dua minggu lalu, polis melancarkan siasatan terhadap Malaysiakini dan tiga wartawannya berhubung laporan berkenaan kemungkinan rombakan kepimpinan tinggi Bukit Aman.
Tiga wartawannya dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 9 Ogos lalu, di mana pegawai penyiasat antara lain bertanya tentang identiti sumber yang dipetik dalam laporan itu.
Namun wartawan bertegas untuk tidak mendedahkan identitinya. Mk
Malaysiakini dilarang buat liputan acara polis
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET