Anwar ‘gentleman’ terima keputusan lantik kamu jadi PM – Azalina

Anwar ‘gentleman’ terima keputusan lantik kamu jadi PM, Azalina

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mendedahkan Anwar Ibrahim bersikap ‘gentleman’ dengan menerima keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas Langkah Sheraton.

Justeru, beliau yang juga menteri undang-undang menasihatkan bekas perdana menteri itu menunjukkan sikap sama dengan menunggu penggal PRU15 tamat dan kembali ke gelanggang PRU16 jika mahu kembali ke Putrajaya.

“Saya masih ingat masa tu ketua pembangkang PM10 (Anwar), saya (sebagai timbalan speaker ketika itu) ada tanya dia dan dia bagi tahu, bagi pihak PH mereka terima keputusan Agong (lantik Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob) selepas Langkah Sheraton.

Saya jumpa dia di Parlimen, dia kata tak (tak bantah), PH akan terima keputusan Agong yang dah dibuat…’gentleman’ la tu, katanya pada sidang media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Jadi pesan saya, sikit saja… ni dah dua tahun setengah (tunggulah), lepas tu lawanlah masa PRU.

Azalina turut mendedahkan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah begitu sabar memanggil semua Ahli Parlimen untuk mengetahui pendirian masing-masing, walaupun ketika itu Muhyiddin sudah dipilih menjadi perdana menteri.

“Saya tengok Tuanku tubuh berapa banyak kerajaan, PM berapa banyak kena tukar.. dah bagi SD (akuan berkanun) pun Tuanku tetap panggil sorang-sorang tanya betul ke sokong, adakah kena gertak, ada arahan kah?

Dia duduk rajin tanya pelan-pelan, saya pun tak pernah lihat macam tu… punya lah nak jaga sangat supaya Tuanku tak melebihi kuasa yang diberikan kepadanya.

Semalam, Azalina dalam catatan di X berkata Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak perlu ‘mengajar’ Sultan Pahang bagaimana memilih perdana menteri ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Terdahulu, tular ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Abdullah ketika menjadi Agong, sambil mempersoalkan mengapa beliau tidak dijemput menghadap baginda untuk dilantik perdana menteri.

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan ucapannya ketika kempen PRK Nenggiri hanya kenyataan fakta, selain membangkitkan jumlah SD yang didakwanya mencukupi untuk dilantik menubuhkan kerajaan pasca PRU15.

Semalam, Ahli Parlimen Pagoh itu menyerahkan beberapa dokumen kepada polis termasuk SD daripada 115 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokongnya sebagai perdana menteri. FMT

Anwar ‘gentleman’ terima keputusan lantik kamu jadi PM, Azalina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker