Aliff Syukri ketakutan digangggu lelaki buka zip seluar
Aliff Syukri ketakutan digangggu lelaki buka zip seluar
Berdepan gangguan seksual, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan didekati seorang lelaki tidak dikenali yang cuba menunjukkan alat sulit kepadanya.
Lebih mendebarkan, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, individu dipercayai warga asing itu turut memegang pisau di tangan kiri ketika mendekati keretanya.
“Mohon berhati-hati, sumpah saya takut!
“Siapa yang pernah kena macam saya ni? (lelaki mahu buka zip tunjuk anu). Saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni.
“Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.
Tambah pelantun lagu Abang Nak Tegur itu lagi, individu terbabit meluru ke arahnya dan menyergah sewaktu dia mahu turun kenderaan dari parkir.
“Saya terkejut sangat tiba-tiba bila saya nak turun dari parkir kereta ada orang daripada luar datang sergah kereta saya,” ujarnya.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara, Selangor.
Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang dan meminta pelakon filem Badang itu untuk lebih-berhati dan memasang pengawal peribadi sendiri apabila ke mana-mana.
“Dunia sekarang memang takut, macam-macam hal sudah terjadi, rasa sudah tidak selamat lagi,” komen netizen itu.
“Lebih baik pakai pengawal peribadi sebab awak orang ada nama, sekarang musim orang baik dah pupus,” demikian komen netizen itu.
Insiden membabitkan gangguan seksual pernah berlaku terhadap selebriti lain termasuk Zara Zya, Nadia Brian dan Mekyun. K Online
Aliff Syukri ketakutan digangggu lelaki buka zip seluar
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Pulangkan balik ikan haruan itu’
Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16