Angeline Tan tiada ‘job’ selepas berhijab
Angeline Tan tiada ‘job’ selepas berhijab
Pelakon Ardini Angeline Tan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas berhijab.
Bagaimanapun, Angeline bersikap positif dan menganggap rezeki dalam bidang lakonan masih belum tiba.
“Tawaran berlakon memang tiada langsung sejak bertudung hampir setahun lalu.
“Kalau ada pun setakat watak sampingan dalam drama Perang Nasi Dagang.
“Itupun sebab pengarahnya mahu saya berlakon bersama suami. Kalau nak kata tawaran secara peribadi memang sudah lama tiada,” katanya ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media program Angeline Tanya Abang Jawab di Wangsa Maju, di sini, hari ini.
Majlis pelancaran disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar.
Ditanya sama ada pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana produksi, pemegang watak Lucy dalam sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu akui, agak keberkatan untuk berbuat demikian, selain enggan bersikap pentingkan diri sendiri.
“Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang, saya tak pernah minta ‘job’ pada sesiapa.
“Dengan suami sendiri pun saya tidak pernah minta. Kalau ada tawaran yang sesuai, pasti mereka panggil saya.
“Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi, kita semua perlu percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh Allah.” ungkapnya.
Isteri kepada pelakon, pelawak dan pengarah Sabri Yunus itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberi tawaran lain untuk mengisi masa lapangnya.
“Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam.
“Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.
“Julai lalu saya sepatutnya pergi kursus agama, tetapi saya tak dapat hadri ada tawaran stesen televisyen untuk menjayakan program,” luahnya.
Program berkonsepkan soal jawab agama terbitan TV AlHijrah itu akan memulakan siarannya pada 18 September ini. BH
Angeline Tan tiada ‘job’ selepas berhijab
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)