Remaja lelaki meninggal dunia ketika main bola di Semenyih

Remaja lelaki meninggal dunia ketika main bola di Semenyih

Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak di sebuah padang di Semenyih, Kajang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata remaja berusia 14 tahun itu dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada 2.02 petang.



Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden pada 4.08 petang oleh seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga jurulatih remaja itu.

“Hasil siasatan mendapati semasa separuh masa pertama perlawanan, mangsa telah rebah dengan tiba-tiba dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mempunyai masalah komplikasi jantung dan asma.

Mangsa memang biasa bermain bola dan ada masalah asma sejak kecil tapi tidak serius. Difahamkan ketika kejadian, ibu bapanya tiada di tempat kejadian, katanya memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Naazron berkata, polis menasihati semua pihak terutama ibu bapa membuat pemeriksaan kesihatan terhadap anak-anak terlebih dahulu sebelum menyertai kejohanan atau aktiviti sukan bagi mengelak perkara tidak diingini. FMT



Remaja lelaki meninggal dunia ketika main bola di Semenyih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…



Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times



Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker