Jenazah Istiqomah selamat dikebumikan di Pasir Mas

Jenazah Istiqomah selamat dikebumikan di Pasir Mas

PASIR MAS: Jenazah Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pangkalan Merlong / Mengelong, di sini, pada jam 11.52 malam tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dituntut ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Melaka dibawa ke kediamannya di Kampung Kubang Badak untuk disolatkan.



Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri hampir 400 ahli keluarga, saudara-mara, rakan dan penduduk kampung.

“Allah makbulkan doa di setiap solat saya, dan Alhamdulillah akhirnya anak kesayangan saya, Istiqomah, ditemui dan selamat dikebumikan,” luah Ahmad Rozi Latimin, 64, yang ditemui selepas jenazah anaknya selamat dikebumikan.

Katanya, dia dan isteri, Saliha Ya, 56, bersyukur kerana urusan pengebumian anaknya selesai dan kini mereka berasa sangat lega namun mengakui pasti merindui anak sulungnya itu.

“Selama lapan bulan, di setiap solat saya titipkan doa semoga dia ditemui tidak kira dalam keadaan macam mana sekalipun, Alhamdulillah, doa saya diangkat dan kami menemui jasadnya walaupun tidak sempurna.



“Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada Disember tahun lalu sebelum dia dilaporkan hilang kerana mami mengadakan Hari Keluarga. Tidak sangka itu adalah pertemuan terakhir sebelum Istiqomah diambil buat selama-lamanya.

“Saya reda dengan apa yang jadi kerana Allah dah tulis perjalanannya begini, namun pada masa sama berharap agar pelaku diambil tindakan sewajarnya atas apa yamg dilakukan,” katanya.

Ahmad Rozi kelihatan sugul dan penat memandangkan beliau juga baru sahaja sampai selepas turut sama menuntut jenazah di Unit Forensik Hospital Melaka petang tadi.

“Saya berasa sangat penat tetapi lega dan berbaloi kerana dapat menguruskan pengebumian anak saya. Malah, perjalanan dari Melaka ke Kelantan tadi penuh dengan suasana hiba dan sayu.



“Insya-Allah, saya akan memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak arwah dan berdoa semoga menantu, Mohd Yusof Mokhtar, 35, terus tabah,” katanya. BH

Jenazah Istiqomah selamat dikebumikan di Pasir Mas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker