Tim. Menteri tegur guru agama sanggup hina Orang Asli kerana politik
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan menyuarakan rasa terkilan apabila terbaca tangkap layar berkenaan seorang guru sekolah yang menyamakan penyokong BN dengan Orang Asli susulan kemenangan gabungan itu pada PRK Nenggiri.
“Sehubungan itu, peliharalah tutur kata kita kerana apa sahaja yang dituturkan akan memperlihatkan sahsiah orang yang bercakap.
“Berbeza fahaman politik kepartian satu hal, tapi jangan sampai merendahkan Orang Asli.
“Perkara ini tidak boleh diterima, apa lagi dilakukan oleh seorang yang bergelar ustazah.
“Saya difahamkan aduan telah dibuat dan siasatan akan dijalankan. Semoga jadi pengajaran untuk semua, untuk tidak terlalu taksub berpolitik apalagi menyebar kebencian,” katanya pada hantaran di media sosial.
Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang menyiasat dakwaan seorang guru agama di negeri itu mengeluarkan komen merendah-rendahkan Orang Asli di laman sosial.
Sementara itu Zulkifli berkata dia bersahabat dengan Orang Asli dan menjalankan pelbagai program bersama mereka sehingga ke hari ini.
“Mereka orang yang sangat baik, terdiri dari pelbagai suku.
“Orang Asli adalah kaum yang memiliki karya seni, kraftangan dan adat resam yang cukup unik malah masih dipelihara dan diamalkan sehingga kini
“Allah Subhanahu wa-Ta’ala melarang kita merendah-rendahkan serta menghina orang lain,” katanya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan terhadap Muhyiddin
- Tolong respek suami saya raja saya – Tunku Azizah
- Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024
- Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis
- Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah
- Ingat aku gangster ke? – Uqasha
- Ruhainies minta pelihara hatinya
- Aura Tengku Hassanal, Sarawak dan Pahang ibarat sepupu
- Pukul pemandu OKU: Anggota dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan lain – KPN
- Muhyiddin keterlaluan
- Myvi terbabas rempuh pokok pisang, pemandu maut
- Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari
- Senjata makan diri
- Bukit Aman akan panggil Muhyiddin Selasa ini
- Netizen Indonesia buat hal, ‘claim’ persembahan LIMA’23 sebagai persembahan hari kebangsaan Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu
Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)
Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)