Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024

Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024

Upacara pembukaan gilang-gemilang Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 telah memukau lebih 40,000 penonton di Stadium Sarawak malam tadi.

Pertunjukan dron bercahaya dan pancaran laser pelbagai warna turut mewarnai pembuka tirai temasya itu selain persembahan tarian daripada pelbagai etnik yang menjadi antara elemen kejutan buat pengunjung.
Malah, kebanyakan warga maya (netizen) turut berpendapat pembukaan SUKMA di Sarawak jauh lebih hebat daripada pembuka tirai Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung pada bulan lalu.



“Pembukaan SUKMA dekat Sarawak berkali ganda lagi best berbanding Olimpik Paris yang mengarut hari itu,” kata seorang pengguna X.

Pendapat beliau turut dipersetujui oleh pengguna media sosial yang lain.

Selain itu, ada juga yang berpendapat Sarawak mampu menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa jika diberi peluang sebagai tuan rumah Sukan SEA.

SUKMA Sarawak dianjurkan di sembilan bahagian di Sarawak hingga 24 Ogos membabitkan 488 acara dalam 37 jenis sukan terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 wanita dan 35 acara campuran.



Walaupun acara perasmian membuka tirainya jam 7 petang namun orang ramai sudah mula membanjiri pekarangan Stadium Sarawak sejak jam 3 petang.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal tanah air antaranya Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Marsha Milan dan Bob Yusof.

Kelainan yang ditampilkan pada kali ini adalah penganjur menghimpunkan atlet terkemuka dari Bumi Kenyalang membabitkan legenda pecut Watson Nyambek, bekas perenang negara Daniel Bego dan juga barisan penerjun seperti Bryan Nickson Lomas, Traisy Vivien Tukiet, Datuk Pandelela Rinong dan Bertrand Rhodict Lises yang baru pulang dari Sukan Olimpik Paris 2024.

Pandelela dan peninju sensasi Sarawak Daeloniel McDelon Bong atau lebih dikenali sebagai ‘Kilat Boy’ diberikan penghormatan untuk membawa obor temasya dwitahunan itu.



Mengikut rekod, kali pertama Sarawak menganjurkan SUKMA adalah pada 1990 manakala penganjuran terakhir lapan tahun lalu. Vc

Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’

Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah



Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker