Pekerja cuci kereta maut, ‘pak guard’ parah ditetak

Pekerja cuci kereta maut, ‘pak guard’ parah ditetak

Tiga ditahan selepas seorang pekerja cuci kereta maut, manakala seorang pengawal keselamatan parah dengan kesan tetakan di lokasi berbeza di Bedong, Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Kuala Muda, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, anggotanya dari pondok polis Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menerima panggilan daripada pegawai perubatan Zon Merah Jabatan Kecemasan pada 2.20 pagi memaklumkan kes dua lelaki dengan kesan kecederaan akibat ditetak.



Katanya, siasatan awal mendapati berlaku dua kejadian yang bermula di sebuah tapak kosong di simpang ke Kampung Toh Pawang membabitkan pengawal keselamatan sedang bertugas yang ditemani seorang rakannya dipercayai diserang lima lelaki bersenjatakan parang.

Beliau berkata, mangsa parah di dada dan kedua-dua tangan, manakala rakan mangsa sempat melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurutnya, semua suspek kemudian ke belakang sebuah premis cuci kereta di Taman Bedong, kira-kira 2.7km dari lokasi kejadian pertama, dan menyerang seorang pekerja kedai cuci kereta menyebabkan mangsa parah di pelbagai anggota badan.

Wan Azharuddin berkata, kedua-dua mangsa berusia 20-an itu dibawa ke HSAH oleh rakan mereka, tetapi pekerja kedai cuci kereta itu disahkan meninggal dunia.



Pihak polis masih menyiasat motif kejadian bagi kedua-dua kes, katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan secara berasingan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu bunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan parah).

Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati bagi kesalahan bunuh, manakala hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah.

Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan menghubungi IPD Kuala Muda di talian 04-4299222 atau pegawai penyiasat kes, Azmirul bin Abdul Aziz di talian 019-444 6521.



Pekerja cuci kereta maut, ‘pak guard’ parah ditetak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata



Nora diceraikan suami menerusi rakaman video



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker