Usaha Awie, Nenggiri kini sudah ada mesin ATM

Usaha Awie, Nenggiri kini sudah ada mesin ATM

Hasrat masyarakat setempat untuk memiliki mesin juruwang automatik (ATM) akhirnya menjadi kenyataan apabila perkhidmatan itu mula beroperasi sejak semalam.

Mesin ATM tersebut dipasang di Kampung Jerek, Gua Musang dan dijangka akan memudahkan urusan kira-kira 30,000 penduduk tempatan.



Pembukaan mesin ATM itu dibuka lima hari selepas ia disuarakan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang berjanji untuk mengusahakan perkhidmatan berkenaan kepada orang ramai.

Tinjauan mendapati mesin ATM itu diletakkan di sebuah pasar mini di kampung berkenaan.

Mengulas kemudahan terbaru yang diberikan itu, penduduk kampung terbabit, Mohd Zulkiflie Harun, meluahkan rasa syukur apabila penantian mereka sejak puluhan tahun lalu kini berakhir.

“Saya bersyukur apabila mesin ATM pertama berjaya disediakan di kawasan ini. Kami amat mengalu-alukan kemudahan ini.



“Jika sebelum ini kami perlu keluar sejauh 50 kilometer untuk mengeluarkan wang, namun kini tidak lagi,” katanya ketika ditemui.

Jurujual di pasar mini terbabit, Nurazila Ahmad, menjelaskan selepas ini ada cadangan untuk disediakan pula kemudahan mesin deposit wang.

“Permulaanya hanya mesin pengeluaran wang sahaja diletak, selepas ini akan diletakkan mesin bagi tujuan deposit tunai,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mohd Azmawi berjanji akan berusaha untuk mendapatkan mesin ATM yang menjadi keperluan mendesak warga Nenggiri.



“Penduduk di kawasan Nenggiri, di kawasan Jeram, Bertam dan sekitar menginginkan mesin ATM.

“Insya-Allah ambo (saya) akan usahakan segera untuk adakan mesin ATM di kawasan berkenaan.

“Ambo akan hubungi pihak bank-bank yang boleh membantu kita dalam mengadakan dan menjadikannya satu realiti untuk mesin ATM dekat dengan adik kakak,” katanya dalam satu video kempen yang dimuat naik di media sosialnya.

Susulan itu, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan sedang berbincang dengan beberapa institusi perbankan untuk menyediakan kemudahan kepada masyarakat Nenggiri. Mk



Usaha Awie, Nenggiri kini sudah ada mesin ATM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata



Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker