Suspek bakar ibu bapa dan anak saudara direman

Azman Mohamed Nor ditahan di sekitar Bukit Bintang.

Suspek bakar ibu bapa dan anak saudara direman

MUAR – Lelaki yang disyaki membunuh dan membakar rumah hingga mengorbankan ibu bapa dan anak saudara perempuannya di Kampung Paya Redan, Pagoh, dekat sini, Jumaat lalu direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Suspek yang memakai baju lokap tiba di Kompleks Mahkamah Muar pukul 9.13 pagi dengan kawalan ketat polis.



Difahamkan suspek yang masih bujang itu ditahan di tepi jalan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur kirak-kira pukul 1 pagi tadi.

Suspek dipercayai meninggalkan motosikalnya di Terminal Bas Bentayan, di sini sebelum menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur.

Terdahulu media melaporkan polis giat mengesan suspek Azman Mohamed Nor, 48, selepas dipercayai melarikan diri ke daerah lain.

Azman adalah individu penting dalam siasatan kes itu kerana tinggal bersama mangsa.



Lelaki itu dilaporkan hilang pada hari kejadian yang mengorbankan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82; isterinya, Ara Abdul Hamid, 76, serta cucu mereka Noradriana Nor Hasyim, 11.

Mohamed Nor dan isteri ditemui rentung di dalam rumah manakala Noradriana meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Kakaknya Norazima Mohd Radhi, 14, turut mengalami kecederaan kepala dan tangan tetapi berjaya menyelamatkan diri dengan mendapatkan bantuan jiran. MG

Suspek bakar ibu bapa dan anak saudara direman



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata



Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker