Suspek tikam ustazah dalam tandas surau ditahan

Suspek tikam ustazah dalam tandas surau ditahan

Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas berjaya ditahan di Kajang, Selangor pada 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu diberkas ketika bersembunyi di rumah kenalannya di kawasan berkenaan.



“Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki itu.

Setakat ini tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Mk

Suspek tikam ustazah dalam tandas surau ditahan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker