Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

ALOR GAJAH: Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti disyaki mendalangi pembunuhan cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.

Lelaki terbabit juga bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor, yang dilaporkan hilang keluarganya sejak 26 Disember 2023.



Kereta milik mangsa yang juga ibu kepada tiga cahaya mata, dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, jam 2 petang pada 27 Disember tahun lalu.

Hasil siasatan polis secara berterusan sejak penemuan mayat tanpa kepala pada 31 Disember lalu membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak sebelum ditahan reman pada 6 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Penemuan itu hasil siasatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.



Mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki itu ditemui orang awam pada 31 Disember 2023.

“Hasil ujian yang dijalankan pada 2 Ogos lalu, mendapati DNA wanita terbabit adalah sepadan dengan sampel diambil daripada mayat tidak lengkap dan tanpa identiti itu,” katanya.

Ashari berkata, bertindak atas maklumat itu, Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Poli Daerah Alor Gajah menjalankan risikan.

Susulan itu polis menahan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu dan direman selama enam hari bermula 6 Ogos lalu hingga hari ini.



Tengkorak ditemui 6km dari badan

“Menerusi siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari kawasan tempat mayat mangsa dijumpai,” katanya.

Suspek dan mangsa ada hubungan pelaburan Forex

Mengulas lanjut Ashari berkata, suspek lelaki adalah kenalan mangsa dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang Forex.



“Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke BSJ IPD Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norehan Omar di talian 010-4064003.

Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada jam 9.10 pagi sebelum dihadapkan ke hadapan Majistret Teoh Shu Yee.



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang



Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker