Masih ada anggota badan Cikgu Istiqomah belum ditemui – Polis

Masih ada anggota badan Cikgu Istiqomah belum ditemui – Polis

ALOR GAJAH – Polis mengesahkan masih ada bahagian anggota badan Istiqomah Ahmad Rozi, guru dipercayai mangsa bunuh bekas kekasihnya Disember lalu masih belum ditemui sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, proses bedah siasat guru wanita berusia 33 tahun itu yang juga ibu kepada tiga anak sudah selesai hari ini.



“Namun, masih ada anggota badan yang belum dijumpai dan setakat ini jenazah belum dapat dikeluarkan oleh pihak hospital kerana ada beberapa prosedur yang belum selesai.

“Pihak polis akan memaklumkan sebaik sahaja jenazah boleh dituntut ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

MalaysiaGazette hari ini melaporkan, mayat wanita dibunuh kejam dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat ke dalam tong sampah dan dibuang di longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, di sini, 31 Disember lalu adalah Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Ashari dilaporkan berkata, pengesahan itu dibuat selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan 2 Ogos lalu ke atas ibu seorang wanita yang dilaporkan hilang di Johor pada 27 Disember tahun lalu sepadan dengan mangsa.



Hasil risikan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa dan isterinya berusia 36 tahun di Chemor, Perak.

Siasatan terhadap kedua-duanya kemudian membawa penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa iaitu tulang jari dan kepala kira-kira enam kilometer dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan.

Susulan itu, bekas kekasih mangsa berumur 37 tahun yang juga bekas guru direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan tragis itu.

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Teoh Shu Yee untuk membantu siasatan di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.



Terdahulu suspek yang mengenakan pelitup muka dan memakai baju lokap berwarna jingga tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Alor Gajah kira-kira jam 8.30 diiringi anggota polis.

Sebelum ini suspek bersama isterinya berusia 36 tahun direman bermula 6 Ogos sehingga hari ini sebelum isterinya dibebaskan mahkamah hari ini selepas didapati tidak terlibat dalam kejadian itu. MG

Masih ada anggota badan Cikgu Istiqomah belum ditemui – Polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker