Peneroka RKT Kesedar akan dapat hak milik 7,000 hektar tanah – Zahid

Kerajaan Kelantan tiada hak ke atas tanah tersebut.

Peneroka RKT Kesedar akan dapat hak milik 7,000 hektar tanah – Zahid

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan menyerahkan hak milik tanah seluas 7,000 hektar kepada peneroka dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Beliau berkata proses pecah lot untuk tanah berkenaan sudah selesaikan dilakukan.

“Seramai 2,200 peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar akan mendapat hak milik tanah berkenaan.

Perkara ini dalam proses sebelum diserahkan hak milik kepada peserta membabitkan 7,000 hektar, katanya pada sidang media selepas Program Temu Mata Bersama Peserta Kesedar di Gua Musang hari ini, menurut Berita Harian.

Hadir sama Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi Kesedar Zawawi Othman.

Selain itu, Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah mengingatkan kerajaan negeri tidak mengugut rakyat dengan mengatakan kuasa penyerahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan mereka sahaja.

“Itu tidak betul kerana di mana ianya membabitkan tanah Kesedar dan kita membayar premium, kerajaan negeri tiada hak.

Apabila tanah itu milik kita, kita berhak memberi hak milik kepada peneroka. Jadi, saya mengingatkan semua pengundi supaya jangan terpedaya dengan ugutan berkenaan, katanya.

Zahid turut meminta supaya pengundi DUN Nenggiri terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRK 17 Ogos nanti.

Katanya, beliau akan berusaha sebaik mungkin menyelesaikan masalah yang berbangkit termasuk isu pemilikan tanah. FMT

Peneroka RKT Kesedar akan dapat hak milik 7,000 hektar tanah – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker