‘Mat motor’ lawan arus ditahan polis
‘Mat motor’ lawan arus ditahan polis
BUTTERWORTH: Polis menahan seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam satu video tular yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal melawan arus di jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Ketua Polis Seberang Perai Utara Anuar Abdul Rahman berkata penunggang motosikal itu ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya.
Kami juga menyita 25 buah motosikal atas pelbagai kesalahan, katanya dalam satu kenyataan.
Anuar berkata, kejadian berlaku pada Ahad lalu ketika operasi samseng jalanan yang dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Seberang Perai Utara.
Katanya, kumpulan penunggang motosikal itu bertindak melawan arus bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Beliau juga memberi amaran kepada semua pengguna jalan raya supaya tidak mengambil tindakan yang membahayakan diri mereka.
Terdahulu, video berdurasi 38 saat itu yang menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal melawan arus dimuat naik di Facebook sebelum tular di media sosial. FMT
‘Mat motor’ lawan arus ditahan polis
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]