Anak redah api selamatkan bapa OKU

Anak redah api selamatkan bapa OKU

KLANG – Seorang lelaki sanggup meredah api untuk menyelamatkan bapanya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 70-an dalam kebakaran di Kampung Baru Klang pagi Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lelaki warga emas itu selamat dengan kesan lecur 20 peratus, manakala anak lelakinya melecur kira-kira 10 peratus di kaki.



“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 7.54 pagi dan Balai Bomba dari Klang Selatan, Klang Utara dan Pelabuhan Klang bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran itu melibatkan dua rumah yang masing-masing musnah 40 dan 70 peratus.

Kedua-dua mangsa katanya dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

“Kita masih lagi menyiasat punca kebakaran,” tambahnya. – Awani



Anak redah api selamatkan bapa OKU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker