Misi Emas dan Perak lebur, misi kekalkan Gangsa bermula

Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih berpeluang untuk mengekalkan pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Gandingan ketiga dunia itu akan bertemu Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Ahad ini selepas beregu Denmark itu tewas 21-18, 17-21, 10-21 di tangan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Apapun, Aaron-Wooi Yik harus pantas melupakan kekecewaan di separuh akhir selepas sekali lagi tewas kepada beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang, hari ini.

Wei Keng-Wang Chang yang juga beregu utama dunia menerima tentangan sengit sepanjang 72 minit perlawanan sebelum menyingkirkan Aaron-Wooi Yik 19-21, 21-15, 21-17 untuk melangkah ke final.

“Perlawanan yang sengit dan kami sudah beri yang terbaik untuk melawan mereka tetapi di mata penting, mungkin kami sedikit gopoh. Apapun, kami cuba bangkit, fokus tetapi pada akhirnya kami tak dapat kawal situasi dan mereka (bermain) lebih baik,” kata Wooi Yik.

Dalam pada itu Aaron berkata, dia dan Wooi Yik akan memberikan sepenuh tumpuan bagi perlawanan penentuan gangsa dengan misi membawa pulang pingat itu demi negara.

“Kami ada satu lagi perlawanan jadi harus fokus untuk perlawanan terakhir itu,” kata Aaron.

“Kami pun harap dapat satu lagi pingat (gangsa) untuk diri sendiri dan juga negara.

“Walaupun gangsa tetapi ia juga satu pingat berharga buat kami dan negara.”

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik memenangi pingat gangsa di Tokyo 2020 selepas menewaskan gandingan berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker