Anwar akan ke Vladivostok bertemu Putin

Anwar akan ke Vladivostok bertemu Putin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Vladivostok, Rusia dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Anwar berkata, pertemuan itu bertujuan membincangkan kerjasama ekonomi bersama negara berkenaan di samping mengekalkan hubungan baik di antara kedua-dua negara.



“Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok untuk menerima undangan Presiden Putin bagi membincangkan kerjasama ekonomi, meletakkan kita sebagai negara yang mempertahankan pendirian kita yang bebas dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pelancaran Ibu Pejabat GXBank Bhd dan pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini pada Jumaat.

Pada 28 Julai lepas, Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya yang antara lain membincangkan hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, Anwar dan Lavrov turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Rusia serta memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor meliputi perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertahanan, pendidikan tinggi, sains dan teknologi, pelancongan dan kebudayaan. Sinar



Anwar akan ke Vladivostok bertemu Putin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker