Kenapa penarik kereta ini lepas tali gantung sebab edar dadah?

Kenapa penarik kereta ini lepas tali gantung sebab edar dadah?

MELAKA – Seorang penarik kereta terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.

Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan terhadap tertuduh, Maizatul Hisyam Mohd. Yunus, 36.

“Kredibiliti saksi pendakwaan kedua yang juga pegawai tangkapan kedua telah dicabar. Selain itu, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dadah, maka anggapan pengedaran dadah juga telah gagal dibuktikan.

“Mahkamah selepas menilai keterangan saksi pendakwaan mendapati terdapat percanggahan bahawa dadah dijumpai di dalam rumah atau di dalam kereta yang diletakkan di luar rumah.

“Pendakwaan tidak berjaya menutup kelompongan tersebut maka tidak adil untuk memanggil tertuduh membela diri. Mahkamah dengan ini melepaskan dan membebaskan tertuduh,” katanya.

Tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta didakwa mengedar methamphetamine seberat 217 gram pada pukul 11.00 pagi di sebuah rumah bernombor di Bukit Rambai di sini pada 25 Oktober 2021.

Tertuduh diwakili peguam K. Shareveen dan Chua Yong Yi, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asri Abdul Rahman Sidik dan Nabil Alif Mohd. Rosli. K Online

Kenapa penarik kereta ini lepas tali gantung sebab edar dadah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker