Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan

Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan

Sesetengah kondo mewah mempunyai peraturan agar makanan yang dipesan secara atas talian ditinggalkan di ruang lobi sahaja atas tujuan keselamatan penduduk.

Bagaimanapun, keputusan tersebut tertakluk kepada pihak pengurusan sesebuah kondo tersebut dan mungkin berubah mengikut masa.



Pihak pengurusan buat peraturan baru
Seorang penghantar makanan baru-baru ini mengasari pengawal keselamatan sebuah kondominium di Kuala Lumpur kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan peraturan pihak pengurusan.

Menurut individu yang berkongsi hal ini, pihak pengurusan kondominium itu baru-baru ini mengubah peraturan di mana makanan yang dibeli secara atas talian tidak lagi dibenarkan ditinggalkan di ruang lobi.

Keputusan itu dibuat selepas kes terdahulu di mana ada penduduk yang tidak turun mengambil makanan sehingga menjadi berulat.

Tolak pengawal sampai jatuh
Menerusi rakaman CCTV dikongsi individu itu, penghantar makanan tersebut dilihat berdiri di depan lif lobi dan diiringi pengawal berkenaan yang perlu mengimbas kad akses untuknya naik ke atas.



Dipercayai berang dengan peraturan baru pihak pengurusan, lelaki itu secara tiba-tiba bertindak agresif dan menolak pengawal itu sehingga jatuh.

Saya rasa kesian tengok video ini sebab saya kenal dengan pengawal keselamatan itu. Dia sangat humble, cakap lemah lembut dan peramah, kata individu yang berkogsi tentang insiden tersebut.

Pengawal terbabit kemudian bangun dan berjalan menuju ke pondok pengawal. Difahamkan, pegawai polis kemudian tiba di lokasi berkenaan namun tidak dinyatakan apakah yang berlaku selepas itu. Bn

Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker