Russia puji pendirian Malaysia tidak berpihak isu Ukraine
Sergey Lavrov membuat lawatan kerja ke Malaysia.
Russia puji pendirian Malaysia tidak berpihak isu Ukraine – Lavrov
MOSCOW – Rusia memuji pendirian Malaysia yang tidak berpihak terhadap konflik Ukraine, kata Menteri Luar Sergey Lavrov pada Ahad.
“Kami bercakap tentang Ukraine. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan Malaysia mengenai kedudukan dan objektif mereka, hasil daripada pemahaman punca krisis ini yang telah berkembang akibat tindakan Barat untuk menarik Ukraine ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan mengubahnya,” kata Lavrov pada sidang media selepas lawatannya ke Malaysia, lapor Sputnik.
Lavrov juga berkata, beliau menjemput rakan sejawatannya, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan untuk melakukan lawatan ke Rusia dan menjangkakan untuk meneruskan perbincangan pada masa hadapan.
Russia sambut baik minat Malaysia terhadap BRICS
Rusia mengalu-alukan minat Malaysia terhadap BRICS dan akan membantu untuk mempromosikan minat itu, kata Sergey Lavrov.
“Malaysia telah menyatakan minat untuk mengukuhkan hubungan dengan BRICS.
“Kami secara aktif menyokong minat ini dan selaku pengerusi akan membantu mempromosikan minat ini,” kata menteri itu semasa sidang media selepas lawatannya ke Malaysia.
Terdahulu, Lavrov melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya di mana kedua-dua pemimpin membincangkan hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi BRICS.
Beliau juga telah menghadiahkan beberapa buah buku kepada pemimpin Malaysia, termasuk karya Alexander Pushkin dan penulis Rusia lain serta karya penyair Malaysia yang diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia.
Secara berasingan, Sputnik juga melaporkan bahawa Lavrov, dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengingatkan Menteri Luar itu mengenai undangannya untuk melawat Rusia.
Mohamad dan Lavrov telah menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan selama seminggu di Laos, yang berakhir semalam.
Kementerian Luar Rusia dalam Telegram rasminya berkata semasa pertemuan itu, kedua-dua Menteri Luar turut bertukar nota mengenai penubuhan kerjasama antara Akademi Diplomatik Kementerian Luar Rusia dan Institut Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Luar Malaysia.
Russia puji pendirian Malaysia tidak berpihak isu Ukraine – Lavrov
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat