Tak boleh harap faktor bangsa, agama semata untuk bisnes berjaya

Kegagalan Malaikat Mall.

Tak boleh harap faktor bangsa, agama semata untuk bisnes berjaya

Mengharapkan pertolongan ekonomi daripada bangsa sendiri semata-mata bukanlah model perniagaan yang baik, malah ia tidak akan membantu sesebuah organisasi bermatlamatkan keuntungan untuk berjaya.

Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Must), Barjoyai Bardai, berkata pada dasarnya semua orang Melayu memang cenderung untuk membantu perniagaan bangsa sendiri.

Pun begitu, katanya, ia harus disokong oleh faktor-faktor lain dan mengikut kesesuaian pasaran semasa.

Menurut Barjoyai untuk berjaya sebagai sebuah pusat beli-belah, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan selain menjaja jenama mesra Melayu-Muslim.

“Antaranya, pada era kini masyarakat lebih gemar membeli barangan secara atas talian.

“Hal ini menyebabkan pusat beli-belah kadang-kadang lebih relevan hanya sebagai tempat untuk kegiatan rekreasi sesama keluarga dan rakan-rakan.

“Oleh sebab itu persekitaran rekreasi harus ada dalam sesebuah pusat beli-belah seperti apa yang ditawarkan di tempat lain, misalnya di IOI Mall dan 1Utama,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Barjoyai dihubungi untuk mendapatkan pandangannya terhadap kegagalan perniagaan yang didakwa mesra Muslim, Malakat Mall di Cyberjaya yang akan ditutup sepenuhnya pada 31 Julai ini.

Malakat Mall merupakan pusat beli-belah yang membuka peluang kepada usahawan Melayu dan Islam untuk berniaga secara jualan runcit seperti butik, kedai makan dan tapak jualan.

Kegagalan pasar mesra Muslim ini telah mewujudkan perbicangan dalam kalangan orang ramai dan sesetengah pihak mengkritik pendekatan diambil pihak pengurusan pasar raya itu kerana mengambil pendekatan berasaskan bangsa dan agama.

Melayu ‘sangat liberal’

Menurut Barjoyai pada pandangannya Malakat Mall tidak mempunyai ciri-ciri semasa yang digemari oleh orang ramai, justeru tiada sebarang faktor khusus sehingga membolehkan ia menjadi daya tarikan pengguna.

“Kebanyakan pusat beli-belah mempunyai kedai yang menjadi tarikan utama buat orang ramai seperti restoran, namun saya tidak tahu apakah tarikan utama Malakat Mall.

“Dari sudut lokasi juga harus kita ambil kira. Masyarakat kita hanya akan membeli keperluan asas di kedai yang ada di kawasan berdekatan. Simpati sesama bangsa akan menjadi perkara nombor dua,” katanya.

Sementara itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kurang bersetuju terhadap pandangan yang mendakwa masyarakat memandang negatif terhadap jenama berkaitan bumiputera Muslim.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, menegaskan bahawa amalan membantu perniagaan bangsa sendiri sudah lama diamalkan oleh orang Cina dan India.

Oleh sebab itu, katanya, orang Melayu patut belajar daripada sikap yang diamalkan oleh masyarakat bukan Melayu untuk memajukan perniagaan yang diusahakan.

“Mamak dan Cina ada rangkaian perniagaan yang kuat, mereka kalau membeli pun akan utamakan bangsa mereka walau kualiti jualan bangsa lain lebih bagus.

“Orang Melayu ni terlalu liberal dalam membeli, tidak melihat bangsa sangat,” dakwanya.

Pada masa sama Nadzim melihat usaha-usaha membantu perniagaan bumiputera wajar dilakukan untuk merapatkan jurang kekayaan antara kaum.

“Analoginya begini – orang Melayu ni macam abang yang ada banyak masalah dan susah, adik pula adalah kalangan kaum lain yang kaya dan mereka haruslah membantu sebab kita semua satu keluarga,” katanya.

PKP jadi punca

Bekas juri Masterchef Malaysia dan pemilik rangkaian perniagaan, Chef Zubir Zain, berpandangan orang ramai tidak boleh terlalu mudah meletakkan kegagalan sesuatu perniagaan atas satu faktor sahaja.

“Lumrah dalam perniagaan ada turun dan naik. Saya pun sebagai pengusaha restoran ada bisnes saya yang gagal.

“Yang penting, usahawan itu harus merancang kembali strateginya untuk kembali bangkit,” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, menyelar dakwaan oleh sesetengah pihak yang melihat perniagaannya berjalan dengan menunggang bangsa dan agama demi mencari keuntungan.

Tegasnya, Malakat Mall diasaskan dengan tujuan untuk membantu peniaga bumiputera yang masih ketinggalan dalam jualan peruncitan.

“Jualan runcit kita meningkat sehingga RM120 bilion namun sumbangan daripada bumiputera hanya 8 peratus sahaja. Antara faktor yang menyebabkan hal itu ialah kos sewaan premis di pusat beli-belah tidak mampu milik.

“Jadi saya mempunyai tanggungjawab untuk membantu mereka dengan sumber dan dana yang mencukupi,” katanya yang dihubungi hari ini.

Mohd Fadzil turut menafikan dia adalah pemula kempen Buy Muslim First.

Tambahnya, penggerak kempen BMF mempromosikan Malakat Mall berikutan polisi mereka mahu mengutamakan perniagaan bumiputera dan Muslim.

“Kami tidak pernah menghina bangsa lain. Syarikat swasta Cina ingin memberi dana pun kami terima pada ketika itu,” katanya.

Namun, dakwa Mohd Fadzil, kerugian yang ditanggung mereka sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat Covid-19 sukar dipulihkan walaupun pihaknya menyuntik banyak dana.

Kesan daripada itulah, kata Mohd Fadzil, pusat beli-belah tersebut terpaksa ditutup.

Dia yang turut dikenali sebagai Coach Fadzil berkata jenama peruncitan Malakat Mall tidaklah tutup seperti difahami orang ramai, sebaliknya beralih ke medium atas talian, selain mengekalkan operasi Malakat Grocer. Mk

Tak boleh harap faktor bangsa, agama semata untuk bisnes berjaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker